Wednesday, April 15, 2015

PERJALANAN

Lamanya rasa duduk di negeri orang. Dulu, waktu masih hingusan lagi, tidak sabar sabar mau jejak kaki ke keyel . Tapi sekarang, alahaii. Baru aku tahu erti hidup sebenar di perantauan, Hahahaha *ayatpasrah.

Aku juga adalah salah seorang pembaca tegar novel novel melayu , bukan lah semua novel cinta, aku minat baca novel FIXI u'olls. Dalam novel ni semua bentuk kehidupan dia ceritakan, kehidupan orang berada, orang miskin, orang mental, orang bertukar jantina, orang itu, orang ini, orang begitu, orang begini  kira semua tentang kehidupan yang sebenarlah dia ceritakan.

Kadang yang di ceritakan di dalam buku susah untuk kau percaya orang kita zaman sekarang, tapi itulah hakikatnya. Dulu aku tidak percaya tentang orang yang suka sama sejenis, tapi bila aku masuk alam kolej ni, berbagai ragam aku jumpa, termasuklah kawan yang berbual dengan aku setiap hari. Tapi bila kita tengok dari fizikal dorang, mustahil untuk dorang lakukan benda benda songsang ni, tapi itulahhhh, mau buat benda yang kita inginkan, jangan tengok pada fizikal, tengok pada kemampuan kita. *merapukejap

Haii lah dunia, aku ingat hanya dua jantina ja yang hidup di muka bumi ini. Rupanya, ada lagi yang tersembunyi, kadang aku takut berkawan dengan dorang, tapi bila kau tahu kenapa dorang buat benda ni, mungkin kau akan terima guna logik akal, atau mungkin tidak sama sekali. Itulah dunia yang aku berpijak sekarang, aku mesti hadapi walaupun susah untuk kau terima. Tapi tidak sangka aku boleh jalani hidup sekarang dengan kaki sendiri.

1 comment:

  1. 1 mei...hari ni cuti ! hehehe..syira singgah jenjalan sini :D

    ReplyDelete

Budi bahasa budaya kita. :)

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala