Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Monday, November 3, 2014

KEHILANGAN JEJAK [ CERITA BENAR ]

 
 

Di Sini aku ingin membuat pengakuan. JENG JENG JENG . . . . .

Sekian lama aku tidak berblog, aku sedih , hampa , pilu ,kecewa , merana , menangis, aku lapar , aku makan. Ehh, Semuanya disebabkan aku sudah sambung ke-study-an aku, di sebuah kolej, yang di beri nama SAITO COLLEGE , mungkin ramai yang kurang pasti di mana letaknya college ini, tidak mungkin ia berada di JEPUN, kalau yaa pun, apa salahnya. Hohohoho.

Berbalik kepada Tajuk utama kita, KEHILANGAN JEJAK . Kali ini, tajuk kita membawa maksud, kemana kah aku menghilang, walaupun banyak yang tidak ambik peduli, aku tetap juga mau cerita,, walaupun kau cakap "Aiman tak kesah" sekalipun, aku tetap mau cerita.

Sebenarnya, waktu aku di PLKN Hari yang ke 11 , aku mendapat panggilan dari Puan Mulia A.K.A Mama aku. Perbualan kami lebih kurang begini:

Mama : Hello nak,
Aku : Ya mak?
Mama : Minggu Depan kau keluar PLKN ahh, Mama sudah kasi daftar kau masuk Kolej.
Aku : Alaaaaa, kenapa awal betul, bahagia sudah aku disini .
Mama : Kau bilang , kau mau keluarkan hari tu kan?
Aku : Alaaa itu duluuu. aku yang dulu , bukan lah yang sekarang *ok, yang ini aku tambah.
Mama : Bha, apa bole buat (Mama bagi henpon dengan bapa)
Bapa : (Perbualan aku dengan bapa yang menyuruh anaknya keluar PLKN masuk ke kolej)

Pada pengakhiran perbualan anak beranak ini , aku terpaksa menyerah kalah, dan keluar PLKN, masuk college, di Selangor. Agak kecewa sedikit lah, terpaksa meninggalkan PLKN . At last, aku masuk kolej, dan di pendekan cerita , aku menjalani hari hari tanpa wifi laju di kolej, dan proses berbloging aku pun tergendala dengan tidak di sengajakan.

Kesimpulannya disini, dalam perbincangan housemate aku, kemungkinan besar, kami akan sambung wifi di hostel, dan berkemungkinan besar lagi, aku akan update blog seperti blogger yang dulu .

TRAGISKAN CERITA AKU. LAIN KALI AKU BUAT CERITA LEBIH TRAGIS LAGI OKAY, OKAY THEN, ASSALAMUALAIKUM ?  

Terima kasih buat pembaca blog aku ini, in syah allah, kalau sudah dapat berblog, akan ku jejak blog mu. Hohohohoho.


Whatever it is, Aku still happy. yahooo!

Xoxo BatuNisan :)
 
 

Wednesday, March 12, 2014

Kak Sheila Shahfiekry , Tolong baca nih.



Sorry kak Sheilaa, hehe. nih sepesel entri untuk kak sheilaa. hehe, disebabkan taktahu mana nak contact kak sheilaa , terpantul lah idea nak buat entri. hehe Tadi buka blog kak sheila, saya xdapat buka lah, sebab  benda nih. mohon kak baca entri nih eh. Kalau macam nih xdapet lah diri ini  meninggalkan jejak di blog kak sheila. hehe


CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala