Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Erra Fazira Kini Keseorangan – Sah Bercerai

Assalamualaikum?

Kalau sudah tiada jodoh, apa yang mau di katakan lagi. begitu juga artis yang dikenali ramai Erra Fazira Kini di Sah kan Bercerai dengan Engku Emran.  Jom baca kisah mereka yang aku copy nih.

"Masih lagi bercerita mengenai penceraian Erra Fazira dan Engku Emran. Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun. Berdasarkan persetujuan bersama, Engku Emran diberi hak penjagaan sepenuhnya anak mereka. Manakala Erra Fazira selaku ibu diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Keputusan ini dibuat tanpa sebarang pertikaian.
erra fazira, Engku Emran, bercerai
Untuk makluman, Erra Fazira dan Engku Emran telah pun berkahwin pada Oktober 2007. Hari ini, lafaz cerai telah dilakukan oleh Engku Emran di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 12.50 tengah hari. Erra kelihatan tenang ketika lafaz cerai talak satu dilakukan sementara Engku Emran pula nampak sebak. Erra telah hadir dengan bertopeng muka ke mahkamah ditemani rakan baiknya, Umie Aida dan Erma Fatima.
erra fazira, engku emran , bercerai
Erra menjelaskan yang permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu. Erra juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada suaminya. Kata Erra yang dipetik menerusi Mstar Online:-
Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai
erra fazira, bercerai
Kalau sudah tertulis jodoh sampai ke sini saja, apa lagi yang mampu kita lakukan? Semoga tanggungjawab selaku ibu dan bapa kepada Engku Aleesya tidak akan diabaikan oleh Erra dan Engku Emran. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka. Takziah atas penceraian ini. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik."

Noted : Jodoh , ajal maut ditangan tuhan. kita tidak boleh mempertukaikan. 

Tuesday, February 18, 2014

Budak 4 Tahun Di Jumpai bersendirian merentasi padang pasir

Assalamualaikum?

Syria, little boy, 4 year



Seorang budak lelaki berusia 4 tahun ditemui para sukarelawan UN berjalan berseorangan melintasi padang pasir. Dia dipercayai terpisah daripada keluarganya sewaktu cuba keluar dari Syria menuju ke Jordan untuk meneruskan hidup sambil membawa bungkusan yang tingginya hampir separuh badannya. 

Alhamdulillah, dia kini telah selamat berada di sisi keluarganya. Cuba bayangkan perasaannya terpisah daripada keluarganya, dan bergelut dengan kehausan, kelaparan, dan ketakutan berseorangan.





Teringat sejenak kisah Nabi Yusuf AS yang terkenal dengan kisah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, yang akhirnya, ditakdirnya Allah menjadi kepala bendahara negara Mesir. 

Sungguh, ujian itu terjadi untuk membentuk kita mempunyai jati diri yang kuat!

Cr: Blog

Real Hero's Don't Need Any Special Powers!

Assalamualaikum?




Tadi masa aku jalan jalan dekat facebook. Terjumpa video nih. cuba tengok dan hayati sedikit. Sebenarnya zaman sekarang susah mau cari orang orang macam dorang nih. Adapun tapi bilangan dia sikit seja. Terharu plus meremang bulu roma tengok video nih . Malaysia! wake up!  Sifat Manusia yang macam ini yang kita cari. Tolak ansur , tanggungjawab what else? please .
 
"Carry out a random act of kindness, with no expectation of reward , safe in the knowlegde that one day someone might do the same for you " -Princess Diana

Monday, February 17, 2014

RESPECT PAKCIK GUARD

Assalamualaikum?

Princess, Guard, respect
Respect this guard

"This would be  a man that loves going to work and does not dread it the night before. Upon entering the Magic Kingdom , one of the security guards said to the girl :

"Excuse me Princess , can i have your autograph."

I could see that the book was filled with children's scribbles as the guard asked the same question of many little princesses. The little girl could not get over the fact that the guard thought she was a real princess" 

How sweet betul lah this pakcik guard.Tehee #Respect


Cr: Facebook.

Saturday, February 15, 2014

Kempen anti Valentine

Assalamualaikum?


Kempen anti Valentine yang dijalankan sekumpulan pelajar di tempat tumpuan ramai, KL Sentral sebelum Solat Jumaat tadi. Satu usaha yang patut dipuji. Jika anda beragama Islam, say NO to Valentine's Day. 


Noted : Respect lah dengan dorang nih

Cr: OhMedia!

Tuesday, February 11, 2014

Tanda-tanda Ada Jin dalam Badan

Assalamualaikum?


    Tadi jalan jalan dekat facebook, terjumpalah satu artikel yang share oleh orang tentang "Tanda-tanda Ada Jin dalam Badan" . Jom baca .

"
SOALAN OLEH S:
Boleh ana buat appointment dengan anta?
Ana selalu follow blog anta, dan ana thiqah dengan anta.

Jadi ana rasa nak bertanya kepada anta tentang simptom-simptom yang menandakan ada jin dalam badan.
ABU ZULFIQAR MENULIS:
Appointment yang bagaimana tu tuan?
Terima kasih kerana ada membaca blog saya.

Antara tanda2nya :

DALAM KEADAAN JAGA
- Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
- Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
- Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
- Selalu ada pergerakan dalam badan.
- Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
- Selalu sakit kepala.
- Selalu sesak nafas
- Selalu cepat marah
- Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
- Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
- Selalu berasa ketakutan.

KETIKA TERTIDUR
- Kerap terjaga.
- Selalu susah hendak tidur
- Bercakap/ berjalan dalam tidur
- Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
- Selalu mimpi kanak-kanak
- Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
- Selalu mimpi lemas/ banjir

Sekiranya ada banyak daripada ciri-ciri di atas, besar kemungkinan ada jin yang mengganggu.

WA."


Monday, February 10, 2014

Kisah Secret Lover [Troll Version]

Kelakor kelakor , ini lawak.

PART 1

PART 2

Komen Mak Jemah : Kalau aku lebih baik diam diam. Hehehehehehehehehehehehe

Problem?
Nawaitu Publish entri ini adalah kesebabpan keboringan semata mata.

Thursday, January 30, 2014

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

Assalamualaikum?




       Hari nih aku cerita sikit pasal Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak . Okay, sejalan jalannya aku ke cik google untuk google kisah Hidup Jep Sepahtu . aku terjumalah artikel mengenai Jep Sepahtu ini atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin


Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak |  Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.
Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.









“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. * you desrve my respect

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.



Sumber : Kezoom . Gambar : Google.

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala