Showing posts with label Raja lawak. Show all posts
Showing posts with label Raja lawak. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Jep Sepahtu Dilamar Peminat?

PETALING JAYA: Pelawak Jepp daripada kumpulan Sepahtu menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami.



Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.

"Kalau saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang nak jadikan saya sebagai suami mereka.

"Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun," katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun, dalam menjaga perasaan orang sekeliling, Jepp turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahman.
Kata Jepp, laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis lelaki yang suka melukakan hati rakan-rakan.

"Saya agak terkejut dan terkilan apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan hati ahli-ahli kumpulan saya.

"Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan? "Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu. Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja," tegasnya.
Sementara itu, Jepp bersama Sepahtu sedang giat membuat persiapan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini.

Ia akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Warna pada pukul 10 malam
-mstar

Hope Sepahtu ada harapan Jadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 :)

Cc : http://ping.busuk.org/v/470873/jep-sepahtu-dilamar-peminat.html
Cc: http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/ (gambar)

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala