Wednesday, May 27, 2015

SEMESTER 4 TANPA KAU

Kalau itu memang sudah kejadian yang ditentukan, apa yang boleh kami buat, redho. Aku harap apa apa yang jadi, jasad kau dijumpai lah wahai kawan.

Pagi pagi masuk class, suram. Teringat dengan kau yang selalu minta orang ambikkan gambar depan pintu class, x pun dekat depan papan putih. Dah x da orang poyoo dekat class macam kau dah. Orang hensem dekat class pun dah xda. Bunyi ringtone Coc whatsapp kau yang balik balik bunyi tu pun x mewarnai class dah. Suara kau yang selalu menyanyi dalam class pun xda. Huwaaaaaa *sigh

Banyak benda lagi yang buat kami ingatkan kau pek. Satu satu blah dari class, dari sem 1 sampailah sem 4 . life must go on kann, Alfatihah.

Friday, May 8, 2015

TIADA KHABAR :'(

Mau dekat seminggu suda kawan, masih tiada khabar yang menggembirakan.
Jangan hilang lama betul bha, kesian kami disini, ngekkk. Ada lebih kurang 2 minggu lagi cuti sem mau habis, sigh*
Harap harap, sebelum naik sem, ada khabar dari kau di sana kawan. Buruk atau baik, yang penting kami tahu keadaan kau macam mana
Come back home

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI

CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN JARI Assalamualaikum? Memandangkan sesetengah orang mungkin tiada tasbih ataupun malas nak bawak tasbi...

Kisah dula kala